Pertama kali dalam hidup...




Assalammualaikum...

Memandangkan blog ini baru saja dilancarkan dan terdapat banyak koleksi lukisan yang dah lama aku buat...aku akan perkenalkan setiap satu dalam setiap entri.

lukisan yang ni adalah lukisan pertama terbesar yang aku pernah buat. Bukan senang sebenarnya nak buat ni, lagi-lagi aku tak pernah lagi melukis atas kain.
Tapi aku ambil tawaran ni sebagai satu cabaran dan peluang buat diri aku.
Oh ya, ni sebenarnya tawaran dari pihak sekolah yang request untuk buat lukisan sempena dengan pameran yang diadakan di sekolah.
Yang gambar sekumpulan lelaki tu adalah barisan guru yang berpangkat teratas, seperti Pengetua sekolah, penolong kanan, penolong kiri, penolong tengah....eh-eh-eh tak aku main-main je hehe,
aku tak ingat jawatan-jawatannya apa sebenarnya hehe...

Ok, berbalik pada lukisan, macam yang aku cakap tadi...
Ini merupakan cabaran dan peluang buat diri aku kerana bukan senang untuk kita nak rasa ada perasaan sebagai seorang pelukis yang terkemuka.
Nak kena ada lukisan pelik-pelik, unik-unik, baru la lukisan kita dapat dipamerkan di galeri lukisan.
Yang ni, bagi aku...walaupun mereka tidak mengenali siapa yang melukis, tetapi at least, lukisan aku ni dapat bertapak dalam sebuah pameran...walaupun hanya pameran sekolah.

Kalu tertanya-tanya, adakah aku dibayar untuk buat lukisan ni?
jawapannya adalah tidak, sebab aku pelajar sekolah tu...kononnya kena la berbakti pada sekolah.
Dan alhamdulillah, sekarang aku dah habis belajar...dah berlambak sijil penghargaan, mostly dapat dari kerja melukis...

Moto aku satu,
"melukis bukan untuk dikenali tetapi untuk dihargai"

Maksudnya, bukanlah aku taksub sangat dengan penghargaan orang, tapi dengan penghargaan itu saja boleh menjadi sumber semangat aku untuk terus melukis. Walaupun hanya dengan ucapan 'terima kasih' cukup memadai.

ok aku taknak bebel panjang kat sini, ada banyak lagi lukisan yang akan aku post lepas ni...InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

NurHidayahZolkibli. Powered by Blogger.