Caprice repost lukisan aku dalam Instagram.


Caprice~~~
bukan la fan gila kat dia...
saja nak lukis gambar dia.

Then datang mood sikit, aku post la dekat twitter dan tag nama dia.
a few hours after that dia pun post gambar ni kat instagram dia.
wahaaa rasa bila dia nampak tweet tu, baru sedar artis ni semua manusia haha takde la, kan tak semua artis nak melayan benda-benda yang d'tag oleh peminat.

Tapi sekarang dah tahu, caprice ni seorang yang alert...bukan gambar aku sorang je pun, belambak gambar peminat hantar tu dia post balik dalam ig...tapi glad jugak la msih the one of them..see, simpan screenshoot dia punya ig hahaha. tak taksub okay....

kan macam yang aku cakap...
aku ada moto,

"Melukis bukan untuk dikenali, tapi untuk dihargai"
Dan bila dihargai, semangat dan darah seni aku datang...hanya dengan ucapan terima kasih.
kbai


Pen Merah Pen Biru..U marah, I buat tak tahu..





Melukis hanya menggunakan pen semata-mata dan tidak ada unsur lain....eh ada la sikit pensel kaler...hehe
ni pun tak tahu la muka siapa..
sapa-sapa yang kenal boleh la kirim salam rindu kat dia...huhuhu

Owl


Pelukis hanya mampu melukis sebelah mata dengan perfect.




Look into my eyes.....
lukisan emosi ni, plan asalnya nak bagi mesej kepada semua.
pada awalnya nak lukis bayangan ibunya dalam mata tu, yang buat dia menangis melihat kepayahan ibunya yang sudah tua.

Tapi tak payah nak sembang lebih, benda tak jadi.
sebabnya mata dia bukan macam mata anabell yang bulat. Jadi ruang dalam tak cukup. Mungkin yang pakar boleh kot buat, tapi kemampuan aku setakat apa yang aku dapat hasilkan je ni.

Even tak nampak jelas mesej sebenar lukisan ni, tapi aku akhirnya dapat improve lukisan mata. Walaupun faktanya kalau nak tahu, pelukis yang melukis mata ni, hanya akan dapat melukis satu mata dengan perfect, mata sebelah pasti tak akan dapat buat secantik mata yang kita buat sebelahnya.


Kemajuan setakat ni...versi terkejut dan sedih hahaha
Ok, kalau nak tahu banyak fakta lagi tentang pelukis ni...nak rasa sendiri kesahihan fakta tu, cuba la masuk ke dunia seni... ^_^

Siapa yang berada dalam imaginasiku





Taddaaaa....
melukis dengan pensil warna kesayangan...
mulanya imaginasi nak buat rupa lain, tapi jadi rupa lain....ni tah siapa la yang bermain dalam fikiran aku, aku main lukis je.

Kalau nak tahu uniknya minda seorang pelukis ni.
Adalah bila dia mula melukis potret siapa saja yang tergambar dalam fikirannya walaupun orang tu sebenarnya tak wujud. tapi menurut segi psykologinya...selalunya sesiapa yang kita terbayang atau termimpi, itu adalah orang yang pernah berselisih dengan kita atau pernah kita nampak sekali imbas.

Jadi persoalan yang aku nak timbulkan kat sini, siapakah budak ni?
aku yang lukis pun rasa seram...teringat pulak cerita-cerita mistik di sebalik lukisan.

tapi so far, alhamdulillah la setakat ni, lukisan ni tak keluar lagi dari kertas...masih tak lagi berubah, belum pernah nampak dia letak kaki dekat pipi...hohoho harap-harap jangan...naya..naya

NurHidayahZolkibli. Powered by Blogger.