Siapa yang berada dalam imaginasiku





Taddaaaa....
melukis dengan pensil warna kesayangan...
mulanya imaginasi nak buat rupa lain, tapi jadi rupa lain....ni tah siapa la yang bermain dalam fikiran aku, aku main lukis je.

Kalau nak tahu uniknya minda seorang pelukis ni.
Adalah bila dia mula melukis potret siapa saja yang tergambar dalam fikirannya walaupun orang tu sebenarnya tak wujud. tapi menurut segi psykologinya...selalunya sesiapa yang kita terbayang atau termimpi, itu adalah orang yang pernah berselisih dengan kita atau pernah kita nampak sekali imbas.

Jadi persoalan yang aku nak timbulkan kat sini, siapakah budak ni?
aku yang lukis pun rasa seram...teringat pulak cerita-cerita mistik di sebalik lukisan.

tapi so far, alhamdulillah la setakat ni, lukisan ni tak keluar lagi dari kertas...masih tak lagi berubah, belum pernah nampak dia letak kaki dekat pipi...hohoho harap-harap jangan...naya..naya

0 comments:

Post a Comment

NurHidayahZolkibli. Powered by Blogger.